Tanah Lot Rumah Untuk Dijual

Tanah yang ditawarkan terletak di kawasan yang agak strategik kerana ia berada di tengah-tengah tiga pekan yang sedang meningkat maju iaitu Kulim, Seberang Jaya dan Bukit Mertajam. Ia menawarkan suasana yang jauh dari kesibukan kota atau kebisingan kenderaan yang lalu lalang. Ia juga hampir dengan pusat rekreasi yang popular di Pulau Pinang.

Dengan anggaran keluasan 2600kaki persegi, anda dapat membina sebuah rumah untuk kegunaan sendiri, untuk disewa ataupun untuk menjadikannya Homestay dua pintu sebagai pelaburan jangka panjang.

Tanah ini berdekatan dengan sekolah rendah dan menengah, institut kemahiran, maktab perguruan, taman rekreasi dan susur masuk/keluar lebuh raya Kulim-Seberang Jaya yang hanya mengambil masa kurang  dari 10 minit perjalanan.

Harga yang ditawarkan: RM30,000.